Contact Us +603 7735 2288

Get in touch

shape shape

LEGAL

Notis Perlindungan Data Peribadi

A. Umum

Excel Force MSC Berhad (“Excel Force”) memperakui kepentingan menghormati dan melindungi Data Peribadi (yang ditakrifkan kemudian) yang dibekalkan kepada kami. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) menerangkan bagaimana Excel Force mengumpul dan mengendalikan Data Peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).

Untuk tujuan Notis ini, istilah “kami” atau “kita” merujuk kepada Excel Force, pengguna data, dan ungkapan adalah termasuk anak-anak syarikatnya. Istilah “anda” merujuk kepada subjek data.

B. Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi bermaksud maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada atau diperolehi oleh Excel Force termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, kad pengenalan pendaftaran negara (NRIC) atau nombor passport, gambar, alamat e-mel, cap jari, butiran kewangan, akaun bank dan lain-lain maklumat berkaitan bank, fail cukai, nombor KWSP, nombor SOCSO, butirbutir ahli pasangan atau keluarga anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Excel Force dari semasa ke semasa.

C. Tujuan Mengumpul Data Peribadi

Data Peribadi anda (dalam apa jua bentuk) mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami (sama ada secara langsung atau tidak langsung) untuk tujuan yang berikut:

  • Perhubungan dan berkomunikasi dengan anda;
  • Pelaksanaan mana-mana perjanjian atau obligasi kontrak;
  • Tujuan pentadbiran dalaman;
  • Penyelenggaraan dan penjagaan dalaman menyimpan rekod;
  • Perkara pekerjaan;
  • Tujuan insurans;
  • Taksiran kredit atau latar belakang;
  • Langkah-langkah keselamatan dan pencegahan jenayah, penipuan atau transaksi yang tidak dibenarkan;
  • Bagi Excel Force mematuhi obligasinya di bawah undang-undang, termasuk mematuhi keperluan undang-undang atau kerajaan;
  • Untuk apa-apa tujuan lain yang anda bersetuju; dan
  • Untuk semua tujuan lain berhubung dengan atau bersampingan dengan di atas.

Anda bersetuju bahawa bekalan Data Peribadi anda adalah secara sukarela dan anda bersetuju dengan Excel Force menggunakan dan memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis ini.

D. Pendedahan Data Peribadi

Di bawah keadaan tertentu, ia mungkin dikehendaki untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga berikut (termasuk ejen dan wakil-wakil mereka):

  • Mana-mana orang yang telah diarahkan atau dipersetujui oleh anda;
  • Pihak yang pendedahan diperuntukkan di bawah undang-undang atau yang dikehendaki oleh pihak berkuasa;
  • Pemberi perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
  • Penyedia kemudahan penyimpanan;
  • Bank dan institusi kewangan;
  • Penyedia insurans;
  • Juruaudit, penasihat, akauntan dan penguam; dan
  • Sesiapa yang kepadanya pendedahan itu adalah, dalam anggaran kami, diperlukan atau munasabah dalam hal keadaan itu.

Jika pihak-pihak ketiga yang terletak di luar Malaysia, Data Peribadi boleh dipindahkan, disimpan, digunakan atau penggunaan Data Peribadi ke luar Malaysia.

E. Keselamatan dan Perlindungan Data

Excel Force akan mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan.

F. Penahanan Data

Data Peribadi yang dikumpul akan disimpan oleh kami untuk tempoh yang dibenarkan atau dihendaki di bawah undang-undang Malaysia.

G. Integriti Data

Ketepatan dan kesempurnaan Data Peribadi anda adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan. Kami akan menganggap bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan dimaklumkan sebaliknya.

H. Akses ke Data Peribadi

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, anda mungkin selepas ini meminta akses kepada, atau pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau mendapatkan maklumat lanjut dari kami dengan menghubungi:

Excel Force MSC Berhad

Level 31, ZETRIX Tower, Empire City,
No. 8, Jalan Damansara, PJU 8,
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: +603 7735 2288
Fax: +603 7735 2289
Emel: admin@excelforce.com.my

Excel Force mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan / atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda yang berulang dan tidak munasabah atau tidak praktikal, atau akan menjejaskan privasi orang lain, atau perbelanjaan untuk memberikan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda. Walau apa pun penarikan balik kebenaran, kami boleh menyimpan Data Peribadi anda dan memproses Data Peribadi anda dalam keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang Malaysia.

I. Bahasa

Mengikut Seksyen 7(3) APDP, Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan, versi Bahasa Inggeris Notis ini akan diguna pakai.

J. Perubahan Notis

Excel Force berhak untuk mengubah Notis ini dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan sebelumnya. Excel Force menasihatkan agar anda menyemak Notis ini secara berkala di laman web Excel Force www.excelforce.com.my www.excelforce.com.my


(DIKEMAS KINI PADA 19 OGOS 2020)